Life, as I know it… Kelemahan Diri… How Bad it is?
Kebelakangan ni, banyak pulak mase untuk ak blogging. Mungkin jugak sebab sekarang ni aku sudah hampir ke penghabisan Internship aku dan bakal memulakan semester baru tahun depan (Final year woo…). Internship aku ni bila dah bizi, bizi betul. Time projek interval atau projek dah habis, boleh rileks sampai bosan pulak… tengah takde kerja la katekan. Tapi pandai2 la aku buat2 ade kerja depan bos aku. Salah dia juagk, sape suroh x cepat2 masukkan aku dalam projek baru…kan kan.. Lantaran itu mulelah aku menyibukkan diri dengan blogging, macam yang korang tengah bace neh.. ha3
Penat aku bercerite pasal kesah2 aku mase internship kt TSE, kali ni aku nak cakap pasal kelemahan2 aku pulak. Penting jugak kot untuk korang sebagai kawan-kawan aku neh tahu. Almaklumlah, aku ni bukan suke sangat crite hal-hal aku kat orang lain. kat rumet aku adela kot sket2… x caye tanyela rumet aku kat UTP nun…heheh.
Berikut disenaraikan beberape kelemahan aku yang aku rase wajar diketengahkan untuk diberi perhatian. Cadangan dan kritikan yang membine amatle dialu-alukan. Semoge aku menjadi insan yang lebih baik di mase akan datang.
Masalah Pertame
Aku adelah seorang yang amat kekurangan social skills, to be exact, dengan perempuan. Biasenye kalau perempuan tu aku tak kenal, aku memang tak boleh cakap berhadapan dengan diorang unless aku alihkan muke ke arah2 yang aku pun x pasti termasuklah kiri, kanan, atas dan bawah, buat2 melihat jam tangan dan sebagainye. Muke aku juge akan menjadi merah tanpa sebab2 yang tertentu. Tujuan aku nak mengatasi masalah ni bukanlah sebabnye aku nak mule bersosial dengan kaum hawa ni. Sebenarnye dari sekolah menengah sampailah masuk universiti, aku memang tak heran dengan masalah aku ni, tapi bile dah mule masuk alam pra-pekerjaan, atau lebih spesifiknye Internship, aku mule menyedari bahawasenye adalah amat perlu bagi aku untuk segera mengatasi masalah ni. Mane tidaknye,dalam kerja ni of cos la kene selalu berinteraksi dengan orang, samada perempuan atau lelaki (laki of cos la aku xde prob). Kalau tidak, gerenti la terbantut/slack segale pekerjaan aku. Waargh… yang paling aku rase tak best bile ade staff2 yang macam gelakkan aku sebab nampak macam pemalu sangat.. (ye ke?). Life, as I know It…
Masalah Kedue
Tak tau la nak cakap macamane beb. Aku ni kadang2 boros jugak orangnye. Kalau boleh semua yang aku rase cambest aku nak beli. Bile gune mende2 yang best, barulah aku akan jadi best, tak g2? heheh. Naseb baeklah aku ni agak memilih orangnye, so kalau ak rase ape yang aku nak takde, aku taklah beli jugak. Tapi dalam pade itu pun, duet aku habes jugak. Setiap bulan komfem sket je tinggal dalam akaun aku. Kemanenye hilang duet aku (scholar+gaji/allowance dari practical company) aku pun tak pasti. Puas jugak aku cari dari semua celah2 yang ade… mane la tau kot2 jumpe jawapannye. Mungkin rakan sebaye jugak agak membantu dalam mempercepatkan lagi proses penghabisan duit aku. Arakian hendak di jadikan kisah, suatu hari semase mengikot engineer aku ni g jalan2 (yela, aku kan maseh lagi trainee engineer) aku adela jugak mengutarekan permasalahan aku ni kepade beliau. Dengan bestnye beliau mengatekan kepade aku… sebab duet aku habis + hilang entah kemane mungkin sebab aku ni takde matlamat yang jelas. Cube set target nak kahwin ke (calon xde+awal lagi), nak buat investment ke (tengah memikirkan dgn serius… mgkn aku akan stat tahun depan,2009) atau ape2 lagilah yang dirasekan best dan bermanfaat untuk diri aku. Hmm… betul jugak tu…
Masalah Ketige
Kadang2 membe2 aku, lebih2 lagi orang yang aku kureng kenal amatlah mempuyai tendency untuk mengatekan aku ni…well…errr… sombong atau kurang ambik tau pasal orang lain. Bile dipikir – pikirkan balik… nak salahkan diorang x leh jugak. Sebenarnye jauh di sudut hati aku mmg aku sentiase memikirkirkan permasalahan sahabat2 handai aku dari sebalik tabir. Sebab tulah biasenye aku akan sentiase menolong sama ade langsung atau secare tidak langung dan dihargai atau tidak dihargai. Pade aku, tak perlulah aku nak kisahkan sangat semua tu. Asalkan aku buat baik dengan orang, tuhan akan balas di hari kemudian kat aku. Senang cakap, aku ni jenis yang tak reti nak meng’espress’kan perasaan aku kat orang lain. kalau aku cube nak cakap/terangkan kat diorang pun, mungkin akan salah di interpret, so baeklah aku dok diam2 dan menjiwai peranan aku seadanya.
Aku ni suke sangat bawak kereta laju2… Walaupun begitu aku tidaklah reckless sangat. Pemandu professional katekan… thehehehe… Kadang2 aku pun rase kesian kat Myvi aku… yela… asyik kene lenjan je kat highway. Suatu hari nanti bile aku dah kaye raye mungkin aku akan beli kereta yang power2 sket. Hrapnye mase tu aku dah insap dan mule menjadi pemandu yang hemah serta berhati mulia/penyabr di jalan raye. Btw, skarang pun aku dah banyak berubah. Pelan2 aku cube ubah gaye memandu. Dulu2 aku mude lagi, baru blaja bawak kete beb. Biasela kan… Tapi masalah ni tetap menghantui aku at times… Perubahan gaye pemanduan paling drastik aku telah lakukan ialah selepas aku mendapat 3 surat speed trap dari pihak polis dan satu kesalahan memotong dikawasan yang dilarang memotong dalam satu trip perjalanan je… iaitu tak lain tak bukan mase ondaway aku dari UTP ke rumah aku. Mak aku ape lagi, bagi aku lecture tanpa diminte selame beberape jam. Grand total saman aku adela dalam seribu lebeh…. naseb baek dapat kompaun mase tu… bleh la kurangkan sket… mak aku suroh baya sendiri… abes duit aku bulan tu… hahaha… serves me right maaan!
Masalah kelime
Err… haa… nilah masalah aku yang kelime, iaitu malas nk menulis. Lagipun aku rase korang pun mst dh malas nak bace psl ape yang aku melalut neh, wlpn mgkn bnyk lagi ketidak-bestasan aku yang boleh dikongsikan bersame untuk diambil iktibar. So baeklah ak berenti skarang. Lagipun bnyk lagi keje aku nk buat. Logbook pun banyak lagi tak buat maaa…. nak buat slides lagi utk presentation lecturer aku nak dtg 2nd visit kt host company… sebelum raye haji…satu hape pun x bwat lagi neh. Susah gak aku nak present sume projek2 yang aku dah bwat sepanjang 8 bulan kat TriSystems Engineering neh…xpe2… aku akan cube sedaye upaye. Yaribaa~
Adios Amigos~
Well, Life, as I know It….Probably won’t be blogging for months to come…




3 Comments
Aiseh, sendiri utarakan masalah, sendiri jawab? Aku nak respon untuk nombor so, dua, tiga, pat, lime.
sow: mungkin ko dibesarkan dlm family ramai pompuan dan pergi skolah yg unisex. so, kemahiran tu agak terbantot.
nombor dua: It’s human nature that they donno the true value of something unless they lose it.
nombow tiga: Ulama ada kata, “diam itu senjata.” ala, biasa la tu. kita buat baik pon org kata, tak buat baik pun org kata… bak kata org alim, “adalah mustahil untuk kita capai keredhaan seluruh manusia…” tapi at least, bagila salam sekurang-kurangnya kalau taknak cakap. avoid using harsh languages. barulah org hormat. yg penting ko honest dan ada prinsip.
nombo pat: Biasa la tu. nanti ko jatuh lobang sekali baru la insaf. Nanti umur menginjak tua baru rasa nak bawak kete pelan2.
nombow lime: ko bdk engineering kan? biasa la tu. lain la ko budak sastera atau budak2 al-azhar yg dok jauh dari family dan hanya tengok pdg pasir yg luas lagi kosong untuk diisi dengan terjahan kalam yg melakar isi khalayan dunia yg tiada batas sempadannya. chewah.
wokeh
Hoho… thanks bro. Saje je ak tulis mase bosan2 kt ofis… bos xde… projek baru abes.. er.. I answer it so you don’t have to. ahaha.
yeah, that post of mine i worked it out after my pilgrimage. furthermore, it was during my summer break. now? time is not something i own… exam is 1 month ahead.
but, if mind is struck with ideas, then i’ll blog. kutuk-kutuk dgn manusia yg aku tak puah hati… haha.